Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Insentif RM500 Untuk Pemandu Teksi Tukar Tayar Baru

Ahmad Razif menyarungkan pakaian seragam korporat kepada ahli Persatuan Kereta Sewa DUN Kuala Besut, hari ini. Foto oleh Harish Fadzilah

Kerajaan negeri akan memperkenalkan insentif baharu kepada pemandu teksi negeri ini dengan memberi bantuan RM500 seorang untuk membeli tayar kereta.

Kaedah bantuan itu akan dibincangkan secara terperinci dengan Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri untuk memastikan ia menepati matlamat kerajaan bagi membantu golongan terbabit menyediakan perkhidmatan terbaik, selain mengurangkan bebanan mereka.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata,  bantuan pembelian tayar itu hanya diberikan kepada pemandu yang menjadi ahli persatuan sahaja.


Katanya, bantuan itu bertujuan membantu meringankan beban pemandu kereta sewa negeri ini yang berhadapan dengan kos sara hidup yang makin tinggi.

Beliau berkata demikian ketika menyerahkan pakaian seragam korporat kepada ahli Persatuan Kereta Sewa DUN Kuala Besut, hari ini.


Menteri Besar selepas itu meninjau lokasi lawatan dan program Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak pada Ahad ini, di Kuala Besut.

No comments: