Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Inisiatif Tarik Pelajar Minat STEM

Bazlan bersama pelajar, ibu bapa dan guru-guru selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil 2016, di Pusat Sains  & Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu 

Penganjuran pelbagai program berkaitan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik (STEM) di peringkat sekolah mampu meningkatkan bilangan pelajar dalam bidang STEM kepada nisbah 60:40 pada tahun 2020 seperti yang disasarkan kerajaan.

Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin, berkata ketika ini pelajar yang mengikut pembelajran dalam bidang STEM belum mencapai sasaran yang memuaskan sedangkan negara memerlukan ramai tenaga kerja mahir dalam bidang tersebut untuk melonjakkan pembangunan negara.

Katanya, sehubungan itu, pelbagai usaha yang telah dilaksanakan bagi memupuk minat pelajar kepada STEM di peringkat sekolah seperti kem dan pertandingan berkaitan sains adalah satu inisiatif yang tepat ke arah mencapai sasaran tersebut.

“Terbaru, penganjuran program Anugerah  Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil membabitkan 60 calon Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di sekolah-sekolah menengah harian kerajaan di Terengganu.


“Mereka yang  mengikuti program itu dilihat lebih bermotivasi, bersemangat untuk meneruskan pengajian di peringkat universiti dan berminat mengikuti bidang kejuruteran dan perubatan,”katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Penyampaian Anugerah Pelajar Cemerlang STEM Exxonmobil 2016, di Pusat Sains  & Kreativiti Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.

Program itu dirasmikan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, Bazlan Abdul Rahman.

Hadir sama Pengurus Besar Hal Ehwal Awam dan Kerajaan Subsidiari- Subsidiari Exxonmobil, Sukiman Mohammed.

Pelajar yang mengikuti program itu layak memperoleh wang tunai RM1,000 setiap seorang.

Sekolah Menengah Kebangsaan Chung Hwa Wei Sin dianugerahkan sekolah menengah harian terbaik keseluruhan mata pelajaran STEM dan layak membawa pulang wang tunai RM3,000.


No comments: