Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Festival `Duyong Art' Selama Sebulan Bermula 1 April




Kerajaan negeri melalui Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu dengan kerjasama Duyong Art Gallery dan Terengganu Backpackers akan menganjurkan Duyong Art Festival (DAF 2017) kali ke -3 di perkarangan Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu.
Festival selama sebulan bermula 1 April yang berkonsepkan ‘Anok Tranung’ itu mengetengahkan hasil seni tempatan seperti seni foto, lukisan, kraftangan, videografi, arca, muzik dan persembahan serta puisi.

Acara kemuncak adalah pada 28 hingga 30 April yang memuatkan aktiviti seperti Pameran Seni Rumah Kayu Terengganu serta menyaksikan pelukis berkampung di Pulau Duyong melalui segmen Jelajah Pulau Duyong.
DAF 2017 yang dianjurkan bagi menyemarakkan Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 itu turut menyajikan pelbagai aktiviti menarik lain termasuk pameran poskad ke Duyong, malam santai seni duyong, bicara ilmu, diskusi seni dan lain-lain lagi.

No comments: