Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Empat Kakitangan Muzium Negeri Ditugaskan Awasi Kegiatan Pelancong Di Pulau Bidong


Muzium Negeri Terengganu menempatkan empat kakitangannya secara bergilir supaya mengawasi kegiatan pelancong di Pulau Bidong bagi mengelak berlaku vandalisme terhadap khazanah bersejarah.

Pengarahnya, Mohd. Yusof Abdullah berkata, pihaknya yang dipertanggungjawabkan untuk memantau dan menjaga warisan bersejarah yang masih terpulihara di pulau itu juga sudah menyiapkan kemudahan asas seperti tandas awam untuk kemudahan pengunjung.

"Pulau Bidong yang sebelum ini menjadi kawasan larangan kepada orang ramai, kini  makin menerima kunjungan orang ramai khususnya pelancong. Pulau itu dibuka kepada pelancong kerana permintaan tinggi yang diterima terutama daripada pelancong luar Terengganu untuk melihat khazanah bersejarah di situ.

“Kalau ikut perancangan, memang kita hendak buka Pulau Bidong tahun ini. Bagaimanapun, secara tidak rasmi, kita sudah terima kedatangan pelancong termasuk baru-baru ini daripada bekas pelarian Pulau Bidong,” ujarnya.



Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di sidang media Festival Seni dan Budaya Warisan Negeri Terengganu 2017 di Pejabat Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu di Duyong Marina Resort, semalam.

Turut hadir, Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu, Tun Ahmad Faisal Tun Abd Razak.


Mohd. Yusof berkata, pihaknya juga banyak menerima permohonan daripada guru dan pelajar sekolah untuk mengadakan perkhemahan di pulau itu.

“Permohonan termasuk pada 22 dan 23 April ini, melibatkan sekumpulan pelajar seramai 40 orang akan ke Pulau Bidong untuk mengikuti perkhemahan di sana,” ujarnya.

Pulau yang berkeluasan 203 hektar persegi itu pernah menjadi kawasan penempatan lebih 60,000 pelarian Vietnam pada tahun 1978 sehingga 1991.

No comments: