Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Duyong Art Festival Bawa Kelainan



Berkarya, menganyam terendak dan menjual pelbagai produk serta makanan tradisional Terengganu di atas jeti, begitulah antara keunikan karnival seni, Duyong Art Festival 2017 yang diadakan di Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu.

Program yang berlangsung selama tiga hari, berakhir hari ini, berbeza berbanding dengan festival lain berikutan hampir 60 usahawan yang mengambil bahagian perlu berpakaian ala-ala nelayan, selain peniaga wanita perlu berkain batik.

Berkonsepkan ‘Anok Tranung’ program itu antara lain mengetengahkan hasil karya seni tempatan seperti seni foto, lukisan, kraftangan, videografi, arca, muzik, di samping aktiviti bot penambang dan persembahan kesenian.

Perasmian festival itu disempurnakan Menteri Besar, Ahmad Razif Abd Rahman pada 28 April lalu.

Duyong Art Festival dijangka diteruskan sebagai acara tahunan bagi menarik lebih ramai pengunjung ke Pulau Duyong dan pada masa sama mempopularkan kembali kawasan itu sebagai destinasi pelancongan yang dahulunya cukup sinonim dengan industri pembuatan bot secara tradisional.

No comments: