Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Bina 2,151 Unit Rumah Idaman Rakyat


Ahmad Razif melihat lakaran tapak progam ketika mengadakan lawatan tapak di Bukit Nanas Tepoh sempena Lawatan Kerja Perdana Menteri di kawasan itu, Sabtu ini. Foto Harish Fadzillah Kassim

Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) akan membina 2,151 unit rumah di seluruh Terengganu  menerusi Program Rumah Idaman Rakyat (RIR) dalam tempoh tiga tahun dari sekarang.

Projek  itu melibatkan  bilangan 1,403 unit RIR di Kertih, Kemaman, diikuti  Kuala Ping, Hulu Terengganu (248),  Tok Jembal Kuala Nerus (271) dan Santong, Dungun dengan  bilangan 229 unit RIR.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata projek yang dilaksanakan dengan kerjasama kerajaan negeri sebagai matlamat memenuhi keperluan perumahan rakyat dengan tanah disediakan oleh kerajaan, manakala SPNB membangunkan RIR berkenaan.

Katanya, pada masa,  piihaknya  turut memohon dengan pihak berkaitan untuk menambah beberapa projek perumahan lain membabitkan kawasan Kemaman, Dungun dan  Hulu Terengganu.


“Langkah itu sebagai usaha untuk mencapai hasrat kerajaan Terengganu membina kira-kira 10,000 unit perumahan rakyat untuk golongan sasar terutama yang berpendapatan rendah sepanjang tahun ini.

“Bilangan itu, termasuk perumahan rakyat menerusi program Rumah Mampu Milik, Rumah Mesra Rakyat 1Malaysia (RMR1M), Perumahan Rakyat 1Malaysia (PR1MA) dan Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT),”katanya.


Beliau berkata demikian selepas mengadakan lawatan tapak di Bukit Nanas, Tepoh sempena Lawatan Kerja Perdana Menteri ke kawasan itu, Sabtu ini.

Ahmad Razif turut memberitahu, kerajaan negeri menambah peruntukan tahunan PPRT  RM1 juta kepada RM2 juta supaya setiap Dewan Undangan Negeri (DUN)  dapat menambahkan bilangan rumah untuk rakyat.


“Kerajaan juga akan memperkenal program baru dengan menawarkan tanah kediaman kepada individu berkeluarga bawah 40 tahun.

“Perkara itu dalam proses menunggu tindakan dari pejabat tanah untuk mengiklankan mana-mana tanah bukan hak milik,” katanya.

No comments: