Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Biduk Lalu Kiambang Bertaut


Demikian berakhirnya episod di Dewan Undangan Negeri (DUN) Ajil, YB Ghazali Taib dan bekas wakil rakyat, Dato' Rosol Wahid kini begitu akrab, mesra dan kasih yang mendalam, demi sebuah perjuangan suci untuk agama, bangsa dan negara.

Di bawah kepemimpinan yang berhikmah lagi bijaksana, Dato’ Seri Haji Ahmad Razif Abd Rahman, melalui Transformasi Politik iaitu satu dari tiga teras transformasi dalam gagasan Transformasi Terengganu Baharu (TTB)- segala kerumitan diselesaikan dengan penuh hikmah.

Ghazali juga merupakan Timbalan Pengerusi  Jawatankuasa Komunikasi dan Multimedia &  Tugas-Tugas Khas Negeri serta Ketua Penerangan UMNO Bahagian Hulu Terengganu, manakala Rosol adalah Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian berkenaan.

Perisitiwa ini berlaku dalam satu perjumpaan tertutup pemimpin-pemimpin di kawasan DUN berkenaan pada  20 Mac lalu, di Dewan Sivik Ajil yang turut disaksikan sendiri oleh Dato’ Seri Haji Ahmad Razif yang juga Pengerusi Badan Perhubungan UMNO Negeri.

Ketua-ketua UMNO Cawangan serta sayap-sayap dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K) dalam DUN Ajil, adalah antara yang hadir dalam perjumpaan itu sempena lawatan sehari Menteri Besar ke DUN Ajil.

Hadir sama Pengerusi Biro Naziran BPUNT, Dato' Hj Muda Mamat yang juga Pengarah Unit Komunikasi Negeri (UKOM).

No comments: