Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Anak Syarikat Kerajaan Disaran Buka Peluang Suri Rumah Kerja Separuh Hari


Anak syarikat kerajaan negeri di Terengganu disaran mewujudkan peluang pekerjaan `separuh hari’ bagi membolehkan suri rumah yang berkelayakan menjana pendapatan sampingan.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata cadangan terbabit wajar diperhalusi dengan memberi peluang kepada golongan itu terutama yang memiliki kelulusan akademik dari Institut Pengajian Tinggi (IPT) keluar bekerja.

Katanya, mereka boleh menambah pendapatan keluarga sambil menjaga anak dan menguruskan rumahtangga masing-masing.

“Majikan boleh membayar gaji separuh atau dengan anggaran tidak melebihi RM500 sebulan kerana waktu bekerja hanya ditetapkan empat jam berbanding pekerja biasa yang ditetapkan selama lapan jam sehari.

“Sebagai contoh, sekiranya waktu bekerja bermula jam 8 pagi, waktu pulang perlu ditetapkan jam 12 tengah hari atau sekiranya dibenarkan memulakan tugas bermula jam 1 petang, waktu pulang adalah dalam tempoh empat jam berikutnya,” katanya di satu majlis baru-baru ini.

Ahmad Razif turut memberitahu, selepas atau sebelum waktu itu, mereka boleh menumpukan perhatian kepada keluarga masing-masing.

“Perkara itu perlu berikutan taraf hidup semakin meningkat dan mereka boleh mengguna pakai kelayakan akademik yang ada,”katanya.


No comments: