Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

81 Penuntut UniSZA Berbakti Di Kampung Seri Kenangan





Seramai 81 penuntut Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA) menyertai Program Khidmat Komuniti Dan Bakti Siswa di Kampung Seri Kenangan, Setiu selama dua hari, baru-baru ini.
Naib Canselor UniSZA, Prof Dato' Dr Ahmad Zubaidi Abdul Latif berkata, program anjuran Fakulti Pengajian Umum dan Pendidikan Lanjutan (FUPL) dan Majlis Profesor Negara dengan Kerjasama Pertubuhan Sukarelawan Siswa UniSZA (Persis) bertujuan membantu masyarakat meningkatkan bidang ekonomi serta pendidikan.
"Kami amat berterima kasih kepada Kampung Seri Kenangan dan juga kepada Pegawai Daerah Setiu kerana sudi menerima kami dari Unisza untuk menjalankan aktiviti di kampung ini.
"Langkah kita bersama komuniti untuk menjalankan konsep ini supaya berlaku interaksi berpanjangan bukan sahaja pada hari ini tetapi terus pada masa hadapan, " katanya ketika merasmikan program itu, di Dewan Kampung Seri Kenangan.

Hadir sama, Pengerusi J3K Kampung Seri Kenangan, Muhammad Saad dan Pengetua SMK Pelong, Zan Naim Senin.
Menurutnya, melalui program ini pihak UniSZA dapat membantu komuniti dalam bidang pendidikan dan ekonomi.


Tambahnya, apa yang dipelajari di universiti mestilah disalurkan di sesebuah daerah atau masyarakat bagi melahirkan insan yang hebat untuk kebaikan bukan sahaja kepada masyarakat tetapi kepada mahasiswa dan mahasiswi serta pensyarah.
Sementara itu Pegawai Daerah Setiu, Rosdi Awang berkata, pihaknya menyambut baik program itu dan mengharapkan supaya dapat diteruskan di kampung lain berikutan banyak manfaat yang diperolehi oleh masyarakat.
Seramai 81 penuntut masing-masing 29 lelaki dan 52 perempuan serta beberapa pensyarah menyertai program y itu.
Antara aktiviti yang diadakan ialah santai dan beriadah dengan keluarga angkat, pemeriksaan kesihatan dari klinik Unisza, Forum bertajuk Transformasi TN 50, program motivasi dan Bakti Siswa Pendidikan.
Selain itu, aktiviti sukarelawanan komuniti dalam membantu mengindahkan kawasan kampung dan bakti siswa pendidikan di SK dan SMK Pelong turut diadakan.
Majlis penutup disempurnakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Langkap, Dato' Sabri Mohd Nor, pada keesokannya.

No comments: