Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

668 Poskad Ke Duyong Sempena Duyong Art Festival 2017



Tun Ahmad Faisal (paling kiri) bersama `orang kuat' di sebalik tabir penganjuran Duyong Art Festival sempena pelancaran program itu, di Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam. Foto oleh Zulkifli CW Putra

Sebanyak 668 karya seni lukis seniman masyhur dan baru dari seluruh negeri termasuk luar negara menghiasi ruang pameran di Duyong Art Festival (DAF) 2017 di perkarangan Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu bermula 1 April lalu.

Selain hasil seni pengkarya tuan rumah, poskad berwarna-warna dengan pelbagai motif dan tema lukisan turut dibawa dari Sweden, Australia, Perancis, Indonesia, Myanmar dan Nepal.

Pengarah Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu (JPNT), Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, pameran pertama kali bagi edisi kali ketiga DAF yang berlangsung sebulan itu, berjaya menaikkan martabat dan nilai seni ke tahap lebih tinggi apabila wujud urusniaga untuk menghasilkan karya seni terbaik.

Katanya, 20 peratus daripada poskad berkenaan sudah terjual dengan nilai kutipan kira-kira RM1,200 sejak seminggu lalu.

Hasil seni ukiran yang turut mendapat perhatian dan tarikan ramai di DAF 2017.

"Jika kita fikir 15 tahun dahulu pastinya orang di Pulau Duyong tidak pernah menduga sekeping poskad terjual dengan harga RM30. Tetapi hari ini dengan kreativiti dan sedikit penampilan wajah baru kita boleh meletak kesenian ini pada nilai yang lebih tinggi.

"Kita akan buat supaya orang ramai mengejar untuk menyaksikan kesenian dan persembahan kebudayaan. jadi apabila ada banyak permintaan, tawaran terhadap kesenian akan lebih tinggi. Kita amat mengalu-alukan inovasi seperti Duyong Art Festival dan ini memberi keistimewaan terhadap Visit Beautiful 2017, bukan hanya pada 2017 tetapi juga tahun-tahun akan datang dengan menggunakan idea yang segar dan platform yang baru bagi menarik pelancong ke Terengganu,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada media selepas Pra Pelancaran DAF 2017, di Jeti Pulau Duyong, Kuala Terengganu, semalam.


DAF 2017 bermula 1 April sehingga ke acara kemuncaknya pada 28 hingga 30 April, menggabungkan pelbagai aktiviti berasaskan kesenian rakyat Terengganu seperti seni foto, lukisan, kraftangan, videografi, arca, muzik dan persembahan serta seni puisi yang diolah dengan nafas baharu dalam usaha menarik minat generasi muda.

Katanya, DAF anjuran kerajaan negeri menerusi JPNT dengan kerjasama Duyong Art gallery juga membuka peluang kepada usahawan khususnya anak muda untuk menjana pendapatan lebih tinggi berdasarkan kreativiti kesenian masing-masing.

Tambahnya, pada edisi kali ini juga sebanyak 60 pengusaha menjual hasil perniagaan mereka berbanding lebih 40 pengusaha tahun lalu dengan kutipan jualan kira-kira RM65,000.

Sehubungan itu, pihaknya mensasarkan 20,000 pengunjung akan membanjiri DAF sepanjang program itu, berbanding 10,000 pengunjung pada tahun lalu.




No comments: