Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

20,000 Dijangka Sambut PM Di Besut 16 April


Lebih 20,000 penduduk Besut dijangka membanjiri tapak Pasar Tani Kuala Besut, bagi menyambut kunjungan rasmi Perdana Menteri, Dato' Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak ke perkampungan nelayan itu pada 16 April ini.
Perdana Menteri dijangka tiba di Pangkalan TUDM Gong Kedak, pada jam 9 pagi kemudian diarak oleh 500 pemuda bermotosikal menuju ke tapak Pasar Tani Kuala Besut.
Sebelum itu, ketibaan Perdana Menteri di Pangkalan TUDM akan disambut pemimpin kerajaan negeri diketuai Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Ahli-Ahli Mesyuarat Kerajaan Negeri.
Pegawai Daerah Besut, Wan Ismail Sahaimi Wan Omar berkata, lawatan itu memberi erti paling besar bukan sahaja kepada penduduk Kuala Besut malah keseluruhan masyarakat daerah itu.
Ketika menyampaikan taklimat khas kepada pemimpin masyarakat daerah Besut di Dewan MDB Gong Nering, di Jertih, malam tadi Wan Ismail berkata, pelbagai persiapan sudah siap diatur bagi menjayakan lawatan kerja pemimpin nombor satu negara ke daerah ini.
Hadir sama pada taklimat itu ialah, Ketua UMNO Bahagian Besut, Nawi Mohamad yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan Luar Bandar, Usahawan, Koperasi dan Kepenggunaan Negeri, Setiausaha Badan Perhubungan UMNO Negeri, Dato' Muhammad Pehimi Yusof yang juga ADUN Jertih, ADUN Kota Putera, Mohd Mahdi Musa, ADUN Kuala Besut, Tengku Zaihan Che Ku Abd Rahman dan pegawai kanan kerajaan daerah itu.
Wan Ismail berkata, taklimat khas itu bertujuan melicinkan lagi urusan program selain memberi maklumat terperinci mengenai acara yang disusun untuk program berkenaan.
Sempena kunjungan itu Perdana Menteri akan melakukan upacara pecah tanah projek pembinaan Gerbang Pelancongan Antarabangsa bernilai RM240 juta untuk kemudahan pelancong dan nelayan tempatan.

Projek itu dijangka akan dilaksanakan tahun ini dan ia sekali gus menunaikan janji ketika Pilihan Raya Kecil Kuala Besut dahulu serta Barisan Nasional mengotakan janji kepada rakyat.


No comments: