Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

20,000 Dijangka Hadir Majlis PM di Tepoh



Seramai 20,000 penduduk negeri ini khusus dari Daerah Kuala Nerus dan Kuala Terengganu dijangka hadir di Majlis Pecah Tanah Projek Perumahan Rakyat (PPR) Bukit Nenas, Tepoh oleh Perdana Menteri, pada 15 April ini.

Pegawai Pembangunan Kuala Nerus, Dato' Basir Ismail berkata Perdana Menteri, Dato' Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak dijangka akan terus ke lokasi itu setibanya di Lapangan Terbang Sultan Mahmud petang.

"Kita menjangkakan seramai  20,000 akan hadir pada program ini. Segala persiapan sedang rancak berjalan dan akan siap sepenuhnya beberapa hari lagi.

"Program akan bermula jam 3 petang dengan mengadakan beberapa acara termasuklah cabutan bertuah dan persembahan pentas, " katanya ketika melawat tapak pelancaran program itu kelmarin.

Basir berkata, orang-ramai diharap hadir beramai-ramai untuk bersama-sama memberi sokongan dan meraikan kehadiran Perdana Menteri di majlis itu.

"Kita menyediakan kemudahan beberapa tempat meletak kereta, surau dan tandas awam untuk orang-ramai yang hadir dan kami juga mengharapkan mereka datang awal untuk mengelakan kesesakan lalu lintas," katanya.

No comments: