Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Wujud Sekretariat Pengurusan Kerjaya Orang Muda Kuala Berang





Generasi muda di Kuala Berang disarankan mencipta peluang untuk masa depan dan pembangunan yang lebih baik dengan memanfaatkan  keistimewaan bandar itu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN)Kuala Berang, Dato' Tengku Putera Tengku Awang berkata, golongan muda perlu mewujudkan sekretariat untuk pengurusan kerjaya untuk kumpulan sasar itu di Kuala Berang.

Katanya lagi, pengkalan data berkaitan kerjaya setiap golongan muda yang berusia 40 tahun ke bawah perlu dibuat untuk mengenalpasti apa yang perlu dilakukan bagi membantu golongan ini.

"Sebab itu gerakan K10 Pemuda dan Puteri UMNO perlu disegerakan untuk membantu orang muda termasuk mendapatkan pekerjaan yang sesuai dengan mereka.

"Kita beri ruang dan peluang kepada golongan Pemuda dan Puteri UMNO untuk maju ke hadapan untuk bangunkan Kuala Berang.Termasuklah memberi peluang kepada Puteri UMNO berniaga di KB Street bagi meningkatkan pendapatan mereka,"kata Tengku Putera.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Retreat Pemuda Puteri Dun Kuala Berang Pemerkasaan Pemimpin Muda di Carve Cove,Pulau Perhentian hari ini.

Menurut Tengku Putera,golongan itu juga perlu bersatu hati bagi memastikan kemenangan UMNO dan meningkatkan majoriti melalui sokongan pengundi muda.




Sementara itu, Pengerusi Penyelaras Pemuda UMNO DUN Kuala Berang, Ahmad Badrul Hisham Mukhatar berkata, retreat selama dua hari satu malam lebih menerangkan peranan Pemuda dan Puteri UMNO dalam menghadapi Pilihanraya Umum Ke -14 (PRU14) nanti.

"Seramai 160 peserta terdiri daripada jawatankuasa pemuda dan Puteri cawangan di Dewan Undangan Kuala Berang telah menyertai retreat ini dan memberi komitmen yang cukup baik.

"Selama berbengkel, penekanan lebih kepada roh parti UMNO itu sendiri dalam memperkemaskan jentera di samping mengukuhkan hubungan dan kerjasama dalam pasukan ke arah siap siaga menghadapi PRU14 pada bila-bila masa sahaja,"katanya.

No comments: