Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

UMNO, BN Akan Dapat `Kawan Baru' - Zahid

Ahmad zahid ketika berucap berucap sempena Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini. Foto oleh Harish Faddzillah Abu Kassim


Orang Melayu masih memerlukan UMNO dan Barisan Nasional (BN) kerana pada Pilihan  Raya Umum ke-13 (PRU13), daripada  5.2 juta pengundi Melayu  4.1 juta daripadanya mengundi BN.

Timbalan Perdana Menteri, Dato’ Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata perkembangan positif  itu membuktikan terdapat kira-kira 78.7 peratus orang Melayu masih sayangkan UMNO dan BN.

“Inilah sasaran kita dan inilah simpanan tetap politik kita, tetapi ada yang cuba memecahkan kekuatan orang Melayu yang berasal daripada organisasi kita, tetapi `ketam-ketam batu’ ini kita ketepikan.

“InsyaAllah, dengan doa untuk kita menyatukan orang Melayu, biar kita kehilangan kawan segelintir, InsyaAllah kita akan mendapat kawan baru yang akan bersama-sama dengan kita yang kumpulannya lebih besar daripada yang telah keluar itu,”katanya ketika berucap sempena Perasmian Kelompok Persidangan Agung UMNO Cawangan dan  Sayap-Sayap Peringkat Negeri Terengganu di Stadium Negeri, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman dan Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong serta barisan kepimpinan politik negeri.



Ahmad Zahid yang juga Pemangku Timbalan Presiden UMNO  menjelaskan, kawan baru yang dimaksudkan beliau itu mungkin pada masa dahulu adalah di kalangan musuh politik, tetapi mereka telah `tabayyun’, memahami dan mampu menyelesaikan permasalahan untuk ditangani bersama.

Beliau  juga meminta supaya tanpa mengetepikan agama lain, semua ahli UMNO dan BN bersama-sama dengan PAS menegakkan perundangan (Rang Undang-undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) atau RUU 355 yang bertujuan menjaga kepentingan orang Islam supaya orang Islam terus menjadi kumpulan yang tahu menghormati dirinya dengan perundangan.

“Biarpun dibawa oleh mereka, dan InsyaAllah biar kerajaan yang membentangkan undang-undang itu untuk menjaga  orang Islam dan Melayu tanpa mengenepikan agama dan bangsa lain.

“InsyaAllah Rang Undang-Undang 355 akan dibentangkan di dalam sidang parlimen pada kali ini yang dibawa sendri oleh kerajaan,”katanya lagi.

Menurutnya, Perdana Menteri, Dato’ Sri Mohd Najib Tun Abdul Razak sangat komited untuk bersama-sama menterjemahkan hasrat (RUU 355) ini tanpa mengganggu-gugat agama lain dan komponen lain dalam BN.

“Kita harap dengan kekuatan baru ini dengan ada rakan-rakan baru yang ada bersama kita ini, kita bukan berhasrat untuk mengadakan `tahallul siasi’ secara secara semborono, `political calibration’ secara mendadak, tetapi pendekatan kita secara berhikmah dan penuh persefahaman di kalangan kita.




“Saya akan perincikan dengan rakan-rakan saya di atas pentas nanti, kalau tidak hari ini mungkin hari lain mereka (Ahli Parlimen dari Terengganu) akan turun bertemu tuan-tuan dan puan-puan untuk melakukan penjelasan (RUU 355),”katanya.

No comments: