Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Ukom, Kawat Wakil Media Kejohanan Futsal EPIC

Ukom (jersi putih) akan turut berentap dalam Kejohanan Futsal Jemputan Piala EPIC di Sports Planet Gong Badak, esok.

Dua pasukan di kalangan pengamal media bakal bersaing dengan 22 pasukan lain dalam Kejohanan Futsal Jemputan EPIC 2017 yang akan berlangsung di Sports Planet Gong Badak, Kuala Nerus pada 11 Mac ini.

Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom)dan Kelab Media Wartawan Negeri Terengganu (Kawat) dijangka akan memberi saingan pada kejohanan julung kali anjuran anak syarikat kerajaan negeri itu.

Dalam persaingan berkenaan, Ukom ditempatkan di kumpulan G bersama Pusat Sains dan Kreativiti Terengganu (PSKT) dan Lembaga Tabung Amanah Warisan Negeri Terengganu.

Manakala Kawat pula ditempatkan dalam kumpulan D bersama pasukan Celcom dan Majlis Peguam Terengganu.

Johan bagi kejohanan tersebut bakal membawa pulang wang tunai berjumlah RM1,000, medal serta piala manakala naib juara pula wang tunai berjumlah RM700 serta medal dan tempat ketiga (RM500 dan medal).

No comments: