Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Ukom Cadang Tubuh Koperasi Untuk Kakitangan


Unit Komunikasi Negeri Terengganu (Ukom) bercadang menubuhkan koperasi khas untuk kakitangannya, tidak lama lagi.

Pengarahnya, Dato' Muda Mamat berkata, koperasi bertujuan memenuhi keperluan dan aspirasi ekonomi, sosial serta budaya mereka menerusi suatu perusahaan milik bersama (koperasi).

" Koperasi ini mungkin dinamakan sebagai Kop-Ukom mampu menjadi satu sumber sampingan bagi mengukuhkan ekonomi kakitangan menerusi pelbagai ruang perniagaan dan aktiviti kemasyarakatan yang menguntungkan.

"Entiti berdaftar ini akan membantu kakitangan yang sebahagian besarnya berjawatan sementara, kontrak mahupun ad-hoc serta bukan tetap dan berpencen dalam pelbagai aspek,"katanya.

Turut hadir, Timbalan Pengarah (Pengurusan)Mohd Razif Abdul Majid dan Timbalan Pengarah  (Operasi), Ruslan Abdul Rahman.

Muda berkata, anggotanya juga bakal memiliki koperasi menerusi modal syer dan yuran pada kadar berpatutan.

Katanya, anggota juga akan menikmati pulangan atas langganan dan modal yang disumbangkan sekali gus menjaga kebajikan seperti tabung pendidikan anak-anak anggota, khairat kematian dan sumbangan keraian.

No comments: