Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

TLHT Muncul Juara Berganda, Rangkul Piala Vivian May Soars




Pasukan Hoki Wanita Terengganu (TLHT) menebus kekecewaan Pasukan Hoki Terengganu (THT) apabila meraih kejuaraan berganda dengan merangkul juara Piala Vivian May Soars selepas menewaskan PDRM Blue Warriors.

TLHTsebelum ini turut bergelar juara saingan Liga Hoki Wanita Malaysia .

Perlawanan yang berlangsung di Stadium Hoki Tun Abdul Razak, Kuala Lumpur, malam tadi menyaksikan kedua-dua pasukan terikat 1-1 sehingga tamat permainan sebenar yang memaksa permainan diheret ke penalti shoot-out.

Ketua jurulatih TLHT, Mohd Asari Abd Aziz berkata permainan menentang Blue Warrior tersebut memang sangat memberi cabaran kepada pasukannya.

“Perlawanan pada malam ini memang di luar jangkaan kerana sebelum ini kita pernah menang mudah 3-0 dan 4-0 membuatkan saya rasa pemain-pemain rasa terlebih yakin.

“Pada separuh masa kedua permainan pula, tiga orang pemain kami mempunyai kecederaan dan ianya sedikit sebanyak menjejaskan perancangan yang telah dibuat pasukan ,” katanya.

Turut hadir memberi sokongan dalam perlawanan tersebut Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato’ Rozi Mamat.

Dalam persaingan itu, TLHT terlebih dahulu membuka jaringan melalui gerakan cantik yang disudahkan oleh Fatin Naimah Zaki pada minit ke-11.

Memasuki babak kedua, Blue Warriors berjaya mengikat kedudukan pada minit ke-32 menerusi gol padang oleh Norbaini Hashim.

Kebuntuan kedua-dua pasukan mencipta jaringan sehingga suku keempat menyebabkan perlawanan terpaksa ditentukan dengan penentuan penalti.

Dengan kemenangan terhadap Blue Warrior tersebut, TLHT berjaya membawa pulang RM20,000, piala kejuaraan serta medal.

No comments: