Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Tinju Sirkit Remaja Di Mydin Mall Gong Badak



Terengganu dipilih untuk menjadi tuan rumah dalam Kejohanan Tinju Sirkit Remaja Siri 1/2017 yang akan berlangsung selama lima hari, bermula 27 Mac ini bertempat di Mydin Mall Gong Badak, Kuala Nerus.

Kira-kira 150 peninju tempatan dan luar Terengganu  bakal berentap  bagi merebut gelaran juara.

Kejohanan yang dianjurkan oleh Majlis Sukan Negara (MSN) dengan kerjasama Kerajaan Negeri, Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT), Persekutuan Tinju Malaysia dan Persatuan Tinju Negeri Terenganu tersebut bakal mempertandingkan 18 kategori.

Bagi acara 15 dan 16 tahun, sembilan kategori dipertandingkan bermula dari 46 kilogram (kg) sehingga 66 kg.

Manakala bagi 17 dan 18 tahun yang turut mempertandingkan sembilan kategori, ianya bermula dari 49kg sehingga 91kg

No comments: