Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Terengganu Mara, T-Team Tewas


Tandukan Lutfulla Turaev yang melayakkan Terengganu ke pusingan suku akhir Piala FA. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Terengganu FA mengesahkan tiket ke pusingan suku akhir Piala FA selepas berjaya menundukkan T-Team 1-0 pada minit-minit akhir sebelum wisel penamat ditiupkan,  di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu, malam tadi.

Ketua jurulatih bagi pasukan Terengganu, Irfan Bakti Abu Salim berkata walaupun telah bermain dalam masa 120 minit, beliau amat berbangga terhadap pemain-pemainnya.

“Saya memberitahu pemain-pemain supaya menghabiskan perlawanan dalam masa 90 minit kerana jika bermain dalam tempoh 120 minit ianya amat meletihkan.

“Walau bagaimanapun, saya amat berbangga dengan pemain-pemain saya kerana tiada yang mengalami kekejangan otot dalam masa tersebut,” katanya.


Dalam perlawanan tersebut, permainan terpaksa dilanjutkan ke masa tambahan selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 walaupun masing-masing sering berbalas serangan sepanjang 90 minit.

Bermula minit ke-6, rembatan Issey Nakajima Farran dari luar kotak penalti hampir meletakkan Terengganu di hadapan namun sepakan tersebut sedikit tersasar.

Pasukan T-Team tidak mengalah dan cubaan pada minit ke-14, Dilshod Sharofetdinov melalui rembatan kencangnya, bagaimanapun dinafikan apabila ditangkap kemas oleh penjaga gol, Muhamad Syazwan Yusoff.

Seminit sebelum berakhirnya babak pertama, Terengganu sekali lagi cuba mencari gol pembukaan melalui Lutfilla Turaev, namun rembatannya gagal menembusi gawang skuad The Titans.


Bersambung babak kedua, pasukan tuan rumah hampir berjaya meletakkan pasukan di hadapan menerusi rembatan Farhod Tadjiev pada minit ke-49 namun dapat ditepis oleh Syazwan.

Pada minit ke-62, T-Team terpaksa beraksi dengan 10 pemain apabila Muhammad Azalinullah Alias diarah keluar padang selepas mengutip dua kad kuning.

Lima minit kemudian, skuad penyu pula menerima nasib yang sama apabila terpaksa bermain dengan 10 pemain selepas kad merah dilayangkan kepada Mohd Firdaus Mohd Faudzi.

Kebuntuan dalam mencari gol menyebabkan perlawanan terpaksa di bawa ke masa tambahan. Namun pada minit ke-120, Terengganu berjaya membolosi gawang pasukan tuan rumah menerusi tandukan Turaev Lutfulla.

No comments: