Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sultan Mizan Bertitah Semua Pihak Eratkan Kerjasama


Sultan Mizan bersalaman dengan barisan ahli persidangan selepas menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Tg Syamim Tg Ismail

Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin bertitah agar kerjasama antara  kerajaan negeri, Kerajaan Persekutuan, agensi-agensi dan badan berkanun dapat dieratkan lagi, bagi memastikan kesejahteraan rakyat sentiasa terpelihara.

Baginda juga menyeru supaya kerajaan negeri di bawah kepimpinan Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman bersama Ahli- ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan gandingan padu jentera pentadbiran awam akan mendapat pentunjuk dan bimbingan Ilahi dalam menyempurnakan tanggunjawab, secara adil dan jujur.

"Beta ingin menyeru segenap lapisan masyarakat agar sentiasa prihatin terhadap keselamatan ahli keluarga, jiran tetangga serta persekitaran.

“Isu keselamatan adalah tanggungjawab bersama dan bukannya tanggungjawab pasukan keselamatan semata-mata,”titahnya.



Baginda bertitah demikian ketika menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dengan diiringi Tengku Sri Temenggong Raja, kerabat-kerabat Raja dan Ahli Dewan Pangkuan DiRaja.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan.

Sultan Mizan turut bertitah, sempena Visit Beatiful Terengganu 2017, semua pihak mestilah berganding bahu dalam memastikan pelancong yang berkunjung ke Terengganu sentiasa berasa selamat dan aman.

No comments: