Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sultan Mizan Sempurnakan Istiadat Pembukaan Sidang DUN

Sultan Mizan dan Sultanah Nur Zahirah berkenan memberi tabik hormat sebelum memeriksa barisan kawalan kehormatan sempena istiadat pembukaan sidang DUN di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkifli C.W Putra

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyempurnakan Istiadat Pembukaan Penggal Persidangan Kelima, Dewan Undangan Negeri (DUN) Ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut berangkat, Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah dengan diiringi Tengku Sri Temenggong Raja, kerabat-kerabat Raja dan Ahli Dewan Pangkuan DiRaja.

Hadir sama, Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, Yang di-Pertua Dewan Undangan Negeri, Dato’ Mohd Zubir Embong, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato’ Wan Nawawi Wan Ismail, Ahli-Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri, wakil-wakil rakyat dan pegawai-pegawai kerajaan.

Ketibaan baginda disambut dengan kawalan kehormatan mempersembahkan `Hormat DiRaja’ , diikuti lagu Selamat Sultan serta pengibaran Bendera DiRaja.

Sultan Mizan kemudiannya memberi perkenan kepada ketua kawalan kehormatan untuk berangkat memeriksa barisan kawalan kehormatan diiringi Ketua Barisan Kehormatan dan Ketua Polis Negeri, Dato’ Rosli Abd Rahman.



Serentak dengan itu juga, barisan kawalan kehormatan mempersembahkan `Hormat DiRaja’ dan lagu Selamat Sultan.

Sejurus kemudian, baginda berangkat masuk ke Majlis Dewan Undangan Negeri dan berkenan menyampaikan Titah DiRaja sebelum istiadat berakhir kira-kira sejam kemudian.

No comments: