Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

SPM 2016 : Terengganu Tetap Unggul


Terengganu sekali lagi mengekalkan status cemerlang dalam keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan , Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri. A. Latiff Awang, mengucapkan tahniah kepada semua pelajar dan guru, Pengarah Pendidikan Terengganu dan semua yang terlibat kerana masih mempertahankan kecemerlangan dalam peperiksaan awam itu.

“Saya juga merakamkan ucapan tahniah kepada ibu bapa yang turut membantu dalam proses pembelajaran anak-anak. Kepada yang kurang berjaya, jangan putus asa dan teruskan berusaha untuk berjaya dalam hidup,” katanya.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Pengkalan Berangan juga mengucapkan tahniah kepada kerajaan negeri, di bawah kepimpinan Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman yang menjadikan pendidikan sebagai fokus utama dalam pembangunan modal insan bertaraf dunia.

Pencapaian Gred Purata Keseluruhan (GPK) Terengganu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 meningkat kepada 5.02 berbanding 5.06 pada 2015.

Pencapaian keseluruhan itu melepasi GPK kebangsaan yang menetapkan sekurang-kurangnya  5.10 GPK.

Jumlah calon yang lulus semua mata pelajaran turut bertambah kepada 10,345 orang dengan empat buah sekolah mencapai 100 peratus lulus semua mata pelajaran.

Katanya, dua calon SPM negeri ini iaitu Husna Mardhiyyah Mohd  Fauzi dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kemaman yang mendapat 11A+ dan Lam Sin Gee, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (9A+) dipilih sebagai pelajar cemerlang.

No comments: