Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

SPM 2016: Terengganu Kekal Cemerlang



Shafruddin menyampaikan sijil Anugerah Pelajar Cemerlang SPM 2016 kepada Husna selepas
mengumumkan keputusan SPM di JPNT Kuala Terengganu, hari ini. Foto Zulkifli Putra

 Pencapaian Gred Purata Keseluruhan (GPK) Terengganu dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2016 meningkat kepada 5.02 berbanding 5.06 pada 2015.

Pencapaian keseluruhan itu melepasi GPK kebangsaan yang menetapkan sekurang-kurangnya  5.10 GPK.

Pengarah Pendidikan Negeri, Shafruddin Ali Hussin berkata, jumlah calon yang lulus semua mata pelajaran turut bertambah kepada 10,345 orang dengan empat buah sekolah mencapai 100 peratus lulus semua mata pelajaran.

Katanya, dua calon SPM negeri ini iaitu Husna Mardhiyyah Mohd  Fauzi dari Sekolah Menengah (SM) Imtiaz Kemaman yang mendapat 11A+ dan Lam Sin Gee, Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Sultan Sulaiman (9A+) dipilih sebagai pelajar cemerlang.


“Manakala pelajar cemerlang bagi kategori Calon Berkeperluan Khas pula dianugerahkan kepada pelajar SMK  Bukit Besar, Kuala Terengganu, Nur Syuhada Alias.

“Syuhada berjaya memperoleh 4 (A) 1(A-) 1(B+) 1(C) 1(E) walaupun mengalami cacat penglihatan sejak kecil,”katanya ketika mengumumkan keputusan itu di Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu (JPNT),  Kuala Terengganu, hari ini.

Menurut Shafruddin, kategori sekolah cemerlang diperoleh  SM Sains Sultan Mahmud, Kuala Nerus dengan pencapaian gred purata sekolah (GPS) 1.42 dan SM Sains Kuala Terengganu dengan GPS 2.14.

“Pencapaian Gred Purata Mata Pelajaran pula, 30 daripada 55 mata pelajaran mencatatkan peningkatan.

“Daripada 20,517 calon yang  mendaftarkan diri untuk SPM 2016, hanya 19,968 calon menduduki peperiksaan itu, ketidakhadiran mereka di atas pelbagai faktor yang tidak dapat dielakkan, termasuk kematian dan kemalangan,”katanya.

No comments: