Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

SKSJ Beri Manfaat Kepada 117, 224 Warga Emas, Orang Asli




Program Satu Komuniti Satu JPJ(SKSJ) yang diperkenalkan bermula  2009 di seluruh Malaysia memberi manfaat kepada 117,224 orang calon warga emas dan orang asli melalui pemberian Lesen Kelas B2 Motosikal.

Timbalan Ketua Pengarah Jabatan(Perancangan Dan Operasi) Pengangkutan Jalan(JPJ),
Dato’ Yusoff Ayob, berkata SKSJ memfokuskan warganegara Malaysia yang dikategorikan warga emas bermula 45 tahun ke atas bagi Semenanjung Malaysia dan 40 tahun ke atas di Sabah dan Sarawak.

Katanya,masyarakat orang asli yang berusia 21 tahun ke atas juga diberi peluang oleh JPJ untuk membantu mereka mendapatkan lesen Kelas B2 Motosikal.

"Terdapat lebih kurang 3.5 juta golongan yang layak mendapat lesen tetapi  belum mendapatkannya di atas beberapa faktor seperti masalah buta huruf, tidak mahir komputer dan sebagainya.

"Dalam satu tahun, JPJ hanya mampu meluluskan 500,000 lesen sahaja daripada jumlah 3.5 juta melalui khidmat Sekolah Memandu yang ada di seluruh Malaysia. Sebab itulah kita melaksanakan SKSJ bagi meningkatkan lagi jumlah pengeluaran lesen setiap tahun.

"Di Terengganu sahaja seramai 9,592 orang calon warga emas telah berjaya mendapat lesen melalui 22 siri program SKSJ yang dijalankan sejak 2009 sehingga sekarang,"katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media Majlis Perasmian Penutup Satu Komuniti Satu JPJ Daerah Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah HuluTerengganu,Kuala Berang, hari ini.

Majlis tersebut disempurnakan oleh Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia Malaysia, Dato' Jailani Johari.

Turut hadir, Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib dan Pengarah Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Terengganu, Abdul Rahman Emang Anyie.

Seramai 156 orang calon dari Hulu Terengganu mengikuti kursus pemanduan, latihan menunggang motosikal dan menduduki ujian yang dikendalikan oleh pihak JPJ sendiri.

Jelas Yusoff lagi, setiap tahun sebanyak 1.2 juta saman dikeluarkan atas kesalahan jalan raya dan 30 peratus daripadanya adalah kerana tidak mempunyai lesen memandu yang sah.



Sementara itu, Jailani berkata SKSJ merupakan satu program yang bertujuan untuk memberi pendekatan dan kemudahan perkhidmatan secara terus kepada masyarakat luar bandar.

"Kita lihat pada masa sekarang masih ramai penunggang motosikal terutamanya warga tua di Hulu Terengganu ini masih tidak mempunyai lesen memandu.

"Perkara ini tidak boleh dipandang remeh kerana jika berlaku kemalangan, ia akan memberi masalah kepada mereka kerana tidak dilindungi insurans,"katanya lagi.

Jailani Johari yang juga Ahli Parlimen Hulu Terengganu turut mencadangkan sebuah pejabat JPJ kekal ditubuhkan di daerah ini bagi kemudahan penduduk setempat berurusan.

No comments: