Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

SKMM Sedia Ambil Tindakan Syarikat Telekomunikasi Kenakan Caj Tersembunyi




Suruhanjaya Komunikasi Dan Multimedia Malaysia(SKMM) sedia mengambil tindakan ke atas mana-mana syarikat telekomunikasi yang mengenakan 'Hidden Charges'atau caj tersembunyi tanpa pengetahuan pelanggan mereka.

Timbalan Menteri Komunikasi Dan Multimedia, Dato' Jailani Johari berkata, namun begitu beliau menasihatkan kepada para pelanggan supaya jangan mengambil mudah setiap perjanjian dengan syarikat Telco apabila mendapatkan perkhidmatan mereka.

"Sebagai pelanggan, baca dengan teliti perjanjian yang tertulis dan kaji apa yang ada dalam kandungannya.

"Tapi mungkin disebabkan tulisan yang terlalu kecil menyebabkan pelanggan tidak mengendahkannya. Saya minta kepada pihak pemberi perkhidmatan ini, ianya (tulisan)diperbesarkan bagi memudahkan orang ramai membaca terlebih dahulu sebelum mereka melanggan,"kata Jailani.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media Majlis Perasmian Penutup Satu Komuniti Satu JPJ Daerah Hulu Terengganu di Dewan Majlis Daerah HuluTerengganu,Kuala Berang, hari ini.

Jelasnya lagi, pihak penyedia perkhidmatan juga perlu menggunakan bahasa yang lebih mudah dalam surat perjanjian kerana jika terlalu teknikal ianya sukar diterima oleh pelanggan.

"Syarikat telekomunikasi juga boleh membuat khidmat penerangan kepada pelanggan sebelum mereka melanggannya kerana jika sudah menandatangani perjanjian, adalah sukar untuk membuat aduan.

"Saya tak salahkan mana-mana pihak sebenarnya mungkin silap pelanggan itu sendiri yang tidak membaca dengan baik kandungan perjanjian yang tercatat...jadi nasihat saya tolong lihat dan baca terlebih dahulu,"katanya.

Menurut Jailani lagi, jika tiada tindakan susulan dibuat ke atas aduan tersebut, pelanggan boleh membuat aduan kepada Biro Aduan SKMM untuk tindakan seterusnya.

Pada awal Januari baru-baru ini, seorang lelaki tidak berpuas hati apabila sebuah syarikat telekomunikasi menolak sejumlah wang yang agak besar dari kad kreditnya, walhal sepatutnya tiada penolakan.

Bagaimanapun, kes tersebut selesai secara damai apabila pihak Telco tersebut bersetuju untuk berbincang dan mendengar masalah pelanggannya itu.

Dan kes terbaru pula, seorang lelaki yang tidak dapat menahan kemarahannya selepas kredit telefon prabayarnya susut RM4 setiap hari bertindak memecahkan pintu kaca dan beberapa telefon bimbit di dua cawangan kedai sebuah syarikat telekomunikasi di Sibu, Sarawak.

No comments: