Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sidang DUN: Terengganu Jamin Amphicoach Tiba Jun Ini


Ahmad Razif berkata sesuatu kepada pemimpin PAS  sewaktu minum pagi di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto Tg Syamim Tg Ismail 

Kerajaan negeri hari ini  memberi jaminan  bas amfibia (amphicoach) yang ditempah tiga tahun lalu bagi kegunaan pelancongan, selain membantu menyelamat mangsa banjir dijangka akan tiba Jun ini.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, penangguhan penghantaran pengangkutan air yang sepatutnya diterima akhir  2015  itu tidak melibatkan sebarang kos tambahan, sebaliknya perlu dibayar dengan nilai rundingan awal pembelian iaitu kira-kira RM3 juta.

Katanya, dalam situasi itu, kerajaan negeri tidak menanggung sebarang kerugian dan tidak `ghaib’ seperti yang didakwa segelintir pihak yang tidak bertanggungjawab serta memanipulasikan isu berkenaan.

“Kelewatan  kilang pengeluar di Malta menghantar amphicoach ke Terengganu disebabkan beberapa faktor, bukan hanya berkaitan masalah teknikal, malah bergantung kepada keadaan cuaca.


“Aspek pengujian kualiti dan keselamatan terhadap kenderaan itu sangat tinggi, sekiranya keadaan cuaca tidak bersesuaian seperti ketinggian ombak atau air sungai melebihi paras yang dibenarkan, ujian terpaksa ditangguh,”katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan Wan Abdul Hakim Wan Mokhtar (BN- Air Putih)  di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu,pada hari kedua, hari ini.

Ahmad Razif turut memberitahu, pada masa yang sama, pengeluar mengalami kesukaran mendapat pengangkutan bersesuaian untuk membawa  amphicoach ke negeri ini kerana ia tidak semudah seperti membawa kontena.

“Kegagalan sistem hidraulik bagi penghantaran kuasa kepada ‘Wheel and Water  Jets’ yang berpunca dari peningkayan kuasa enjin.


“Semua prosedur itu perlu diteliti kerana Terengganu hanya akan menerima amphicoach dalam keadaan baik, tidak mahu menimbulkan sebarang masalah sebaik beroperasi kelak,”katanya

No comments: