Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sidang DUN : Terengganu Cadang Kenakan Caj Untuk Menginap Di Hotel


Ahmad Razif ketika menjawab soalan media sejurus selesai sesi soalan lisan pada hari kedua persidangan penggal kelima DUN Ke13, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra

Terengganu bercadang untuk mengenakan caj kepada pelancong yang menginap di hotel dalam usaha meningkatkan ekonomi dan memajukan sektor pelancongan sebagai sektor baharu Terengganu.

Menteri Besar, Dato’ Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata inisiatif mengenakan caj kepada pelancong itu bukan perkara baharu di negara ini, malah sudah dilaksanakan oleh Melaka dan Pulau Pinang yang mengenakan caj warisan di negeri masing-masing.

Ahmad Razif (BN-Seberang Takir), berkata caj yang dikenakan tidak akan membebankan pelancong dan amat rendah berbanding kemampuan perbelanjaan mereka kerana hanya  sekitar RM1 sehingga RM2  ke atas setiap malam bagi setiap bilik serta bergantung kepada taraf penginapan berkenaan kelak.


“Caj ini tidak akan membebankan pelancong, kerana mereka yang melancong memang berkeupayaan dan mempunyai duit yang lebih dan apa salahnya,  cuma dalam kadar hanya RM1 hingga RM2 sahaja.

“Selepas ini jika ada program luar negara daripada agensi pelancongan kita, duit ini akan kembali semula kepada mereka. Caj ini juga untuk mengurangkan bebanan kerajaan berbelanja untuk pengurusan pelancongan,”katanya.

Beliau mengulas demikian ketika menjawab soalan lisan Dato’ Abdul Hadi Awang (Pas- Rhu Rendang) di persidangan kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari kedua, hari ini.

Abd Hadi mengemukakan soalan mengenai  langkah-langkah yang diambil oleh kerajaan negeri untuk menampung defisit bajet 2017 sebanyak 10 peratus.

Katanya, pihak berkuasa tempatan dan Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu akan menjalankan kajian menyeluruh termasuk melihat contoh-contoh negeri yang sudah melaksanakan kaedah yang sama, sebelum menguatkuasakannya di hotel seluruh Terengganu.

Tambahnya, kerajaan sebelum ini banyak mengeluarkan perbelanjaan bagi mempromosikan pelancongan dan memberi keuntungan kepada pengusaha hotel.

“Kita juga sedang melihat komitmen hotel-hotel  sebab hari ini kita banyak belanja untuk membantu promosi-promosi  dan menguntungkan hotel-hotel. 

"Jadi tidak salah untuk mereka pula memberi sumbangan kepada kerajaan negeri  dalam keadaan kewangan negeri (terbatas) sekarang ini. Di sini wujudnya situasi menang-menang,”katanya.

No comments: