Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sidang DUN : Terengganu Bakal Terima RM183 Juta Pampasan Penyerahan UniSZA


Kerajaan negeri sudah menerima bayaran sebanyak RM10 juta hasil tuntutan pampasan dari Kerajaan Persekutuan susulan penyerahan Kolej Ugama Sultan Zainal Abidin (KUSZA) kepada Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA).

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur & Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman berkata, nilai itu adalah sebahagian daripada jumlah keseluruhan RM183 juta yang dituntut kerajaan negeri sebaik KUSZA diserahkan kepada Kementerian Pengajian Tinggi (KPT).

“Lebihan bayaran akan diterima secara berjadual di mana RM61 juta bakal diperoleh  pada tahun ini manakala selebihnya iaitu lebih RM112 juta lagi dibayar pada 2018,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan  Ridzuan Hashim (Pas-Teluk Pasu) di persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada hari ketiga, hari ini.

Katanya, tiada cadangan untuk membina institut pengajian tinggi lain bagi menggantikan UniSZA yang kini  di bawah pengurusan KPT.

“Sebaliknya penyerahan institut itu,  Terengganu bakal memiliki Hospital Pengajar Unisza,” katanya..


No comments: