Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sidang DUN: Status Projek Pasar, Terminal Bas Chukai Masih Peringkat Permohonan


Status projek pasar dan terminal bas Chukai, di Bandar Chukai, Kemaman menerusi Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan sejak 2004, masih di peringkat permohonan untuk diluluskan sebelum dilaksanakan secepat mungkin.

Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga dan Teknologi Hijau Negeri, Ir Rosli Othman berkata, kelulusan pembinaan projek di Pengkalan Pandan yang turut meliputi bangunan komersial sudah beberapa kali tertangguh disebabkan pelbagai masalah teknikal.

“Pihak itu terpaksa meneliti dan mengkaji beberapa perkara, termasuk pemilikan tanah awam, kos yang agak tinggi iaitu melibatkan RM50 juta selain penglibatan pelbagai pihak untuk sesuatu projek,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan tambahan Hanafiah Mat (Pas-Chukai) di persidangan penggal kelima Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, pada hari ketiga, hari ini.

Rosli memberitahu bagaimanapun, kerajaan negeri tetap menghantar permohonan baru pada pertengahan tahun lalu dengan memohon peruntukan kira-kira RM10 juta bagi memulakan projek Terminal Bas Chukai berkenaan.

“Projek lain termasuk pasar, bangunan komersial, laluan bertar, landskap dan beberapa kemudahan lain di kawasan 5.4 hektar itu akan dibina secara berperingkat-peringkat,” katanya .


No comments: