Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Sidang DUN: Kerjasama UMNO, Pas Penting Demi Pertahankan Kedaulatan Islam

Ahmad Razif berbual bersama pemimpin Pas sejurus selesai sesi soalan lisan pada hari kedua persidangan penggal kelima DUN Ke13, di Wisma Darul Iman, hari ini. Foto oleh Zulkipli CW Putra

Kerjasama antara parti UMNO dengan Pas dilihat penting bagi mempertahankan kedaulatan Islam dan bangsa Melayu di Malaysia.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jabi, Mohd Iskandar Jaafar berkata, kerjasama antara dua parti yang mendominasi politik Terengganu itu amat diharapkan bagi mengukuhkan perpaduan dan mewujudkan kerjasama di kalangan pemimpin di negeri ini.

Beliau turut mempelawa Pas menjalinkan hubungan kerjasama politik dengan Barisan Nasional (BN) dan UMNO memandangkan kedua-duanya selari dalam memperjuangkan kepentingan rakyat dan agama Islam.

"Seburuk-buruk UMNO pun sebagaimana dakwaan pembangkang, parti inilah yang bantu rakyat dan parti ini jugalah yang kadang-kadang bantu juga pengikut Pas, jadi apa salahnya dalam mewujudkan kerjasama dan perpaduan, turutlah kita, jangan bersendirian.

"Kalau di Pulau Pinang, Pas telah mengusulkan untuk memutuskan hubungan politik dengan parti komponennya sebelum ini (PKR), kita harap di Terengganu lapan bahagian Pas pun akan melakukan perkara sama, marilah bersama-sama dengan kita. Insya-Allah,"katanya.

Mohd Iskandar berkata demikian ketika membahaskan titah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin di persidangan penggal kelima, Dewan Undangan Negeri ke-13, di Wisma Darul Iman pada hari kedua, hari ini.

Menurut beliau, Pas disifatkan menjadi rebutan berdasarkan perjuangan parti itu yang tidak pernah luntur walaupun wujudnya banyak parti baharu yang ditubuhkan atas beberapa sebab dan kepentingan.

"Analoginya mudah sahaja, Pas diibaratkan kalau sebagai seorang wanita, sangat laku. Belum habis idah dah datang orang melamar.

"Tahun 1990 hingga 1995 kahwin dengan Semangat 46, tahun 1999, masa tu tiga orang minta tapi jodoh tak panjang, tahun 2004 ada juga berpakat dengan orang lain, menjelang PRU ni duduk seorang pula," ujarnya.

Katanya, Pas dan UMNO adalah dua parti yang telah berupaya memenangi hati rakyat di negeri ini.

"Kalau sebut di Terengganu, datanglah parti mana pun rakyat akan ingat dua parti sahaja iaitu Pas dan UMNO.

"Dua tiga parti lagi datang secara bermusim dan bukan berkepentingan untuk beri perkhidmatan kepada rakyat, tetapi dua parti ini tetap kekal di dalam hati rakyat Terengganu khususnya Melayu Islam," katanya.

Terdahulu, 12 daripada 13 kawasan Pas Pulau Pinang telah mengusulkan memutuskan hubungan politik bersama PKR dan usul itu akan dikemukakan pada Muktamar Pas akan datang.

No comments: