Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

RM40,000 Hadiah Untuk Juara Pemancing Pesta Pantai Batu Burok


Kerajaan negeri dengan kerjasama Red One akan menganjurkan temasya Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One dari 17 hingga 25 Mac ini di Pantai Batu Burok, Kuala Terengganu.

Beberapa pertandingan akan diadakan sepanjang sembilan hari program bersempena Visit Beautiful Terengganu itu termasuk pertandingan memancing, bola sepak pantai serta permainan tradisional Melayu.

Kejohanan Bola Sepak Pantai yang akan berlangsung 24 dan 25 Mac menawarkan hadiah lumayan dengan johan bakal membawa pulang RM13,000.

Manakala, hadiah yang ditawarkan untuk Cabaran Memancing Pantai Batu Burok pada 25 Mac pula ditambah nilai hadiah kepada juara daripada RM30,000 kepada RM40,000 berikutan sambutan yang memberangsangkan.

Bagi yang ingin menyertai Kejohanan Bola Sepak Pantai boleh hubungi urusetia di talian Yahya (017-9110378), Zabidi (018-4054496), Erry (011-16127585) dan Zeddy (010-5474341). Tarikh tutup pendaftaran adalah pada 16 Mac ini.

Sementara, pendaftaran untuk pertandingan memancing pula akan diadakan bermula 3 petang 24 Mac, sehingga ke hari pertandingan. Sebarang maklumat lanjut boleh menghubungi Kojie Batik (011- 35299335) dan Faizal (019- 9390404).

No comments: