Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pusat Boling, Panggung Wayang Buka Mac


Dua kemudahan bagi aktiviti riadah di Paya Bunga (PB) Sentral iaitu pusat boling dan panggung wayang dibuka kepada orang awam mulai bulan ini.

Pengurus Besar Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT), Samiun Salleh berkata, pusat boling Coral Crown Bowl (CCB) dibuka pada 10 Mac manakala panggung wayang mula dibuka pada 18 Mac di tingkat tujuh sahaja dan lain-lain tingkat (8 dan 9) akan dibuka secara berperingkat.

Katanya, tarikh pembukaan dua kemudahan itu adalah menepati sasaran awal, dimana penangguhan pembukaan sebelum ini adalah disebabkan proses mendapatkan Certificate of Completion And Compliance (CCC) mengambil masa kerana melibatkan beberapa jabatan teknikal.


Menurut Samiun, dengan adanya pelbagai kemudahan disediakan bagi aktiviti riadah seisi keluarga di PB Sentral, pihak PMINT yakin ia akan menjadi tarikan utama kepada pengunjung.

“Boleh dikatakan, tempat riadah sekeluarga di negeri ini terhad kepada kawasan pantai dan taman-taman sahaja.

“Sekiranya ingin bermain boling dan menonton wayang memaksa warga bandaraya ini khususnya kadang kala perlu melalui perjalanan yang agak jauh contohnya ke Kemaman,” ujarnya.

Katanya, dengan adanya kemudahan baharu ini, pusat riadah lebih pelbagai dan secara tidak langsung Pusat Bandaraya Kuala Terengganu akan lebih meriah dengan kunjungan penduduk tempatan dan luar.

No comments: