Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pusat Boling Beroperasi Hari ini, Tawar Harga Istimewa

Orang ramai mula membanjiri Paya Bunga Plaza untuk mencuba pusat bowling baru Coral Crown Bowl hari ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Pusat bowling Coral Crown Bowl (CCB) yang mula beroperasi hari ini di Paya Bunga Plaza, Kuala Terengganu menawarkan tawaran harga istimewa kepada semua pelanggan.

Pengarah Urusan Coral Crown Bowl, Khairuddin Abdul Khalid berkata pelanggan hanya perlu membayar serendah RM5.50 hingga RM6.50 bagi satu permainan menerusi tawaran harga sepanjang dua bulan.

"Tawaran ini dijangka berterusan dalam tempoh dua bulan lagi dan kami masih meneliti harga yang berpatutan agar tidak membebankan semua lapisan masyarakat terutamanya rakyat di sekitar Kuala Terengganu.


"Bagi golongan pelajar dan orang kurang upaya (OKU) pula harga yang dikenakan adalah sebanyak RM4.50 sahaja dari pukul 10 pagi hingga 5 petang," katanya.
Beliau ditemui pemberita dalam majlis prapembukaan di CCB di Paya Bunga Plaza, Kuala Terengganu, hari ini.

CCB yang direka khas mengikut standard antarabangsa itu dilengkapi dengan 36 lorong di samping menyediakan kemudahan lain seperti kafe, bilik solat dan laci simpanan barang.

Menurut Khairuddin, dengan kemudahan terbaharu itu pihaknya menjangkakan pusat boling tersebut akan menjadi tumpuan peminat sukan berkenaan.

"Kita menyasarkan kehadiran lebih 300 pelanggan setiap hari pada pembukaan awal ini," katanya.

No comments: