Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pesaka Anjur Pertandingan Gendang Silat 24-25 Mac Ini

Rosol bersama dengan wakil-wakil dari persatuan silat di bawah Pesaka bakal berada di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu pada 24 dan 25 Mac ini. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Persekutuan Silat Kebangsaan Malaysia(Pesaka) Negeri Terengganu bakal menganjurkan Pertandingan Gendang Silat 2017 Peringkat Negeri Terengganu di Pantai Batu Buruk, Kuala Terengganu, pada 24 hingga 25 Mac ini.

Yang Dipertua Pesaka Negeri Terengganu, Dato' Rosol Wahid berkata, pertandingan yang turut mendapat sokongan kerajaan negeri tersebut bukan sekadar untuk merebut ganjaran, malah sebagai medan persaingan sihat untuk mencari pelapis baru dalam seni Melayu itu.

Katanya, inisiatif Pesaka bagi memastikan arena seni warisan Melayu ini terus berkesinambungan dan diwarisi zaman-berzaman.

"Tujuan kita adalah untuk menghidupkan kembali seni budaya warisan Melayu kerana apabila pergi ke kampung-kampung, kita dapat kita lihat bahawa ramai yang menjadi peniup serunai, pemain gendang ibu, gendang anak adalah terdiri daripada golongan veteran.

"Apa yang membimbangkan nanti jika kesenian ini tidak dipelihara atau dilatih kepada orang muda, ia hanya akan menjadi warisan dan disimpan di muzium-muzium apabila tiada golongan veteran," katanya.


Beliau ditemui pemberita di sidang media sempena Pertandingan Gendang Silat 2017 di Institut Strategik dan Integriti Terengganu, Kuala Terengganu, hari ini.

Dalam pada itu, Rosol sempat menyeru agar pegendang serta pesilat untuk beramai-ramai memeriahkan acara yang diadakan khas untuk golongan tersebut.

Tambahnya, bagi memeriahkan lagi pertandingan itu, pihaknya juga menyelitkan beberapa acara lain.

"Pada 22 hingga23 Mac, kita turut mengadakan persembahan silat merangkumi beberapa jenis silat untuk tatapan umum.

"Manakala pada hari pertandingan pula, kita akan mengadakan pertandingan melukis tanjak," katanya lagi.

No comments: