Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Peruntukan RM3 Juta Bina Bangunan Serikandi


Kerajaan negeri menyediakan peruntukan sebanyak RM3 juta untuk membina bangunan baharu milik Badan Amal dan Kebajikan Isteri Wakil-Wakil Rakyat Negeri Terengganu (Serikandi).

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman, berkata langkah itu bertujuan menghargai peranan penting yang dimainkan oleh Serikandi selama ini dalam menjayakan program melibatkan masyarakat dan kerja-kerja amal.


“Ketika ini Serikandi beroperasi di kuarters kerajaan yang terletak di Batu Buruk di Kuala Terengganu, jadi terpulang kepada mereka untuk memilih reka bentuk yang sesuai.

“Projek tersebut juga selaras dengan hasrat kerajaan negeri untuk membangunkan kawasan kuarters itu sebagai pembangunan perumahan awam yang moden dan strategik," katanya kepada media selepas merasmikan mesyuarat agung tahunan Serikandi kali ke-30 di Duyong Marina & Resort, Kuala Terengganu, hari ini.

Hadir sama, Yang Dipertua Serikandi, To' Puan Seri Halina Zakaria.

Pada masa sama, Ahmad Razif mengumumkan peruntukan segera sebanyak RM100,000 untuk badan amal itu menjalankan aktiviti pengurusan dan pentadbiran tahunan mereka.

No comments: