Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Penjawat Awam Perlu Profesional Dan Positif Laksana Tugas

Zainal Rahim ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Pegawai-Pegawai Kanan Negeri Terengganu di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu. Foto oleh Harish Fadzillah Kasim.

Penjawat awam dinasihatkan agar bersikap lebih profesional serta positif ketika menjalankan tugas.

Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Zainal Rahim Seman berkata, sebagai kakitangan kerajaan, mereka hendaklah membawa amanah yang diberikan dengan sebaik mungkin.

Katanya, dengan perkembangan arus pemodenan masa kini khususnya perkembangan media sosial, penjawat awam harus bijak menanganinya.

"Saya ingin menyeru agar jangan sama sekali membuat hujah negatif serta mengkritik kerajaan kerana ia sekali gus menunjukkan sikap kurang profesional kita sebagai pegawai kerajaan dan penjawat awam.

"Saya juga ingin menegaskan mana-mana pegawai kerajaan yang melanggar Perintah-perintah Am Bahagian II (Kelakuan) iaitu di bawah Peraturan 4(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 boleh diambil tindakan tegas," katanya.


Beliau berkata demikian ketika berucap dalam Majlis Perjumpaan Pegawai-pegawai Kanan Negeri Terengganu Bersama Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam, Dato' Sri Zainal Rahim Seman di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Presiden Kongres Kesatuan Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS), Datuk Azih Muda, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail dan pegawai-pegawai kanan kerajaan negeri dan persekutuan.

Zainal dalam pada itu turut mengingatkan agar pegawai kerajaan melipat gandakan peranan masing-masing dalam menyampaikan maklumat kepada rakyat.

"2017 adalah tahun penyampaian. Gabungan intim antara jabatan persekutuan dan negeri amat membanggakan.

"Penyampaian yang dilakukan perlu sampai kepada rakyat. Peranan kita untuk tahun ini haruslah dilipat gandakan agar penyampaian maklumat yang tepat dapat direalisasikan," katanya.

No comments: