Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Penguasaan STEM Di Kalangan Pelajar Masih Lemah



Kerajaan negeri akan terus memberi penekanan terhadap bidang Sains, Teknologi Kejuruteraan dan Matematik (STEM) di Terengganu  berikutan  penguasaan pelajar, terutama  yang berada di menengah atas  dalam bidang itu masih rendah.

Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latif Awang, berkata bagi mengatasi masalah tersebut,  pihaknya dengan kerjasama Universiti Malaysia Terengganu (UMT)  akan mempromosikan STEM di kalangan pelajar sekolah rendah dan menengah.

Katanya, langkah itu penting kerana penguasaan dalam bidang sains dan teknologi amat perlu untuk mengukuhkan ekonomi negara, selain berkepentingan bagi pelajar untuk mendapat kerjaya yang lebih baik.

Antara langkah diambil adalah meningkatkan penguasaan pelajar melalui pelbagai aktiviti, latihan dan teori berasaskan sains dan teknologi.


“Perkara seupama ini perlu dipandang serius berikutan hanya  40 peratus  pelajar menengah atas  di negeri ini direkodkan Jabatan Pelajaran Negeri Terengganu (JPNT) berkemampuan menguasai STEM.

“Sedangkan sasaran penguasaan  60 peratus  pelajar dalam program itu perlu dicapai sebaik menjelang 2020 ,”katanya kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Mentor Mentee STEM 2017 di UMT, Kuala Nerus, petang semalam.

Hadir sama, Naib Cancelor UMT, Prof Dato’ Nor Aeini Mokhtar dan  Pengarah JPNT, Shafruddin Ali Hussin.

Sementara itu, Nor Aeini berkata Program Mentor Mentee STEM UMT memfokuskan enam modul utama iaitu sains, teknologi, kejuruteraan, bahasa inggeris , matematik dan modul bidang tujahan UMT yang melibatkan sains kelautan serta sumber akuatik.

Katanya,   modul yang didedahkan kepada pelajar itu akan dibukukan, selain  merancang menubuhkan asasi STEM  yang dijangka dicapai pada 2018.

“Penubuhan asasi itu diharap dapat memberi sumbangan yang lebih signifikan dalam pembangunan STEM di negara ini,”katanya.   





No comments: