Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pengamal Media Eropah Bakal Kunjungi Terengganu Sempena VBT


Tengku Zaihan mempromosi VBT pada pameran International Tourismus Borse (ITB) di Berlin, Jerman baru-baru ini

Usaha menjual nama Terengganu menerusi kempen Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 yang dilaksanakan secara konsisten berupaya menarik kunjungan pelancong dari dalam dan luar negara untuk memilih negeri ini sebagai destinasi utama percutian. 

Terbaru, aktiviti promosi di International Tourismus Borse (ITB) di Berlin, Jerman,  baru-baru ini, turut menarik 21 pengamal media cetak, elektronik dan media sosial dari Eropah untuk ke negeri ini.


Kumpulan berkenaan dijangka akan ke Taman Tamadun Islam, Tasik Kenyir, Pasar Besar Kedai Payang, kawasan perkelahan Chemerong, Pulau Redang, Pulau Perhentian dan Pulau Kapas.

Timbalan Pengerusi Pelancongan dan Kebudayaan Negeri, Tengku Zaihan Che Ku Abdul Rahman berkata, mereka yang  datang secara berperingkat-peringkat itu akan dibawa agen pelancongan ke destinasi pilihan masing-masing.

Katanya, sekiranya pengamal media berkenaan mahu membuat liputan mengenai kehidupan kampung, agen akan bersedia membawanya ke kawasan Homestay Teluk Ketapang, Seberang Takir bagi memfokuskan segmen berkaitan.

“Manakala, jika ingin memfokuskan berkaitan makanan tradisional Terengganu, kawasan yang bersesuaian adalah Kampung Batangan di Marang.


“Penduduk di perkampungan itu boleh menunjukan proses memasak nisan nyior, dodol dan pelbagai masakan tradisional lain bermula daripada penyediaan bahan,” katanya kepada Teganukita.

Tengku Zaihan turut memberitahu, selain pengamal media berkenaan, 10 agensi pelancongan terkemuka dari German, Perancis, Itali, Russia dan  lain-lain juga bersetuju melancong ke Terenganu sambil mengadakan lawatan pembelajaran dalam tempoh terdekat.

.

No comments: