Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Pasar Percuma Ringankan Beban Rakyat Tidak Berkemampuan

Ahmad Razif menyampaikan sumbangan dalam program pasar percuma di Seberang Takir, hari ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Pasar percuma atau 'free market' berupaya meringankan beban rakyat setempat yang kurang berkemampuan dan meningkatkan ekonomi peniaga kecil.

Menteri Besar, Dato' Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, inisiatif yang diuruskan oleh badan bukan kerajaan (NGO), agensi serta persatuan itu tanpa melibatkan peruntukan kerajaan mampu memupuk rasa kasih- sayang dan nilai murni dalam jiwa masyarakat.

Katanya, program itu berjaya mencapai matlamat penganjurannya kerana memberi manfaat kepada yang terlibat serta akan diteruskan lagi pada masa akan datang.

"Dengan cara tersebut, kita dapat membudayakan masyarakat di Terengganu supaya yang mempunyai kesenangan berpeluang membantu golongan kurang berkemampuan.

"Program sebegini juga sudah tentu sedikit sebanyak meringankan beban kepada orang-orang yang susah selain dapat membantu usahawan kerana dalam masa yang sama kita turut melaksanakan pasar tani jadi secara tidak langsung akan membantu mereka," katanya.


Beliau ditemui pemberita dalam majlis Pasar Percuma di Seberang Takir, Kuala Nerus, hari ini.

Tambah Ahmad Razif,  selain pasar percuma, aktivitk senamrobik juga diadakan berkonsepkan menangani kos sara hidup.

"Sesiapa sahaja yang datang menyertai program tersebut dan bersenam menerima RM5 seorang.

"Mungkin selepas pada ini kita akan tukar kaedahnya dengan memberi kupon bernilai RM5 untuk mereka berbelanja di pasar tani," katanya.

Program yang diadakan di Seberang Takir tersebut merupakan kali ketiga dianjurkan selepas pertama kali diadakan di Kampung Baru, Kuala Lumpur dan seterusnya di Bandar Al-Muktafi Billah Shah, Dungun.

No comments: