Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Mohamad Hafas, Nor Jannah, Johan Tilawah Al- Quran

Jannah dan Hafas bakal mewakili Terengganu dalam pertandingan tilawah peringkat kebangsaan yang akan diadakan di Melaka pada April ini. Foto oleh Tengku Syamim Tengku Ismail.

Mohamad Hafas Ali dari Marang dan Nor Jannah Abd Rahman (Kuala Nerus) muncul johan qari dan qariah pada Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu Tahun 1438H/2017M yang berlangsung selama tiga hari, berakhir malam tadi di Arena Merdeka, Dungun.

Kemenangan itu membolehkan johan bagi kedua-dua kategori berkenaan membawa pulang wang tunai RM8,000 berserta sijil penyertaan, piala pusingan dan juga piala iringan sekaligus mewakili Terengganu ke peringkat kebangsaan yang bakal bermula pada 2 April ini di Melaka.

Dengan markah sebanyak 91.30 peratus, Mohamad Hafas yang juga Imam Masjid Bukit Payong mengetepikan enam qari lain.

Naib johan dimenangi oleh Abdul Hadi Abdul Halim dari daerah Dungun dengan markah 89.80 peratus manakala tempat ketiga pula dimenangi peserta dari Kuala Terengganu, Abdul Alim Zahari (87.80 peratus).


Bagi kategori qariah pula, Jannah menewaskan peserta lain dengan markah 87.50 manakala tempat kedua dimenangi oleh Faridah Omar dari Besut dengan markah 83.20 dan tempat ketiga dimenangi oleh peserta dari Setiu, Halimah Ibrahim.

Hadiah bagi pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM6,000 dan RM5,000 berserta sijil penyertaan dan piala iringan.

Naib johan qari pula dimenangi oleh Abdul Hadi Che Abdul Halim dari Dungun dan tempat ketiga, Abdul ‘Alim Zakaria dari Kuala Nerus, manakala tempat kedua qariah pula milik Nasirah Ibrahim (Hulu Terengganu) diikuti tempat ketiga Nor Asiah@Norasid Ali (Dungun).

Hadiah bagi pemenang tempat kedua dan ketiga masing-masing menerima RM6,000 dan RM5,000 berserta sijil penyertaan dan piala iringan.


Mohd Hafas berkata kemenangan itu adalah yang kelapan sejak mula menyertai tilawah al Quran ketika berusia 20 tahun.

"Untuk tilawah al-Quran peringkat kebangsaan pula, pencapaian terbaik saya menjadi naib johan dan pastinya saya akan melakukan yang terbaik kali ini untuk terus mengharumkan nama Terengganu," katanya.

Manakala Jannah yang merupakan guru taranum di Yayasan Islam Terengganu dan johan menunggu berkata beliau akan melakukan yang terbaik untuk tahun ini selepas berada di kedudukan kesembilan pada peringkat kebangsaan tahun lepas.

"Ini kemenangan kali kedua selepas saya dipilih menjadi johan Qariah pada tahun lalu dan tumpuan ketika ini ialah menjaga pemakanan dan kesihatan untuk pertandingan peringkat kebangsaan pula," katanya.

Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin berkenan menyampaikan hadiah kepada para pemenang pertandingan tersebut.

Turut hadir berangkat Sultanah Terengganu, Sultanah Nur Zahirah.

No comments: