Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

MAPEX Tawar 500 Unit Pelbagai Hartanah Bernilai RM350 Juta


Pameran Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Terengganu 2017 yang berlangsung selama tiga hari bermula hari ini menawarkan lebih 500 unit pelbagai jenis hartanah bernilai kira-kira RM350 juta.

Pameran anjuran Persatuan Pemaju Hartanah dan Perumahan Malaysia (REHDA) Cawangan Terengganu yang julung kali diadakan di negeri ini berlangsung di Pusat Dagangan Terengganu (TTC) bermula 10 pagi hingga 9 malam.

Pengerusi REHDA Terengganu, Mohamad Hishamudin Muda berkata, MAPEX Terengganu 2017 yang disertai 40 pemain hartanah itu berfungsi sebagai One Stop Center (pusat sehenti) untuk memberi ruang kepada pemaju hartanah tempatan yang terdiri daripada pemaju swasta dan syarikat milik kerajaan untuk memasarkan produk hartanah masing-masing.

“Malah pameran ini turut menyediakan landasan terbaik buat pembeli rumah dalam mencari informasi dan panduan tentang pemilikan kediaman di bawah satu bumbung,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita pada sidang media selepas Majlis Perasmian Ekspo Hartanah Malaysia (MAPEX) Terengganu 2017 yang disempurnakan Pengerusi Jawatankuasa Perindustrian dan Perdagangan Negeri, Dato’ Tengku Putera Tengku Awang di di Pusat Dagangan Terengganu (TTC), hari ini.

Menurut beliau, agensi lain yang terlibat dalam ekspo tersebut termasuk pihak bank yang bersedia memberikan pinjaman kepada pembeli yang layak disamping Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) yang akan membantu dari segi pengeluaran wang caruman KWSP bagi pembelian kediaman kepada bakal pembeli.

“Malah, Jabatan Perumahan Negara di bawah Kementerian Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan serta syarikat lain dibawah Kementerian Kewangan iaitu Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dan juga anak syarikat kerajaan negeri iaitu Perbadanan Memajukan Iktisad Negeri Terengganu (PMINT) turut serta memberikan tawaran produk masing-masing pada harga yang istimewa,” ujarnya.

Katanya, REHDA Terengganu menyasarkan 10,000 pengunjung sepanjang ekspo tersebut berlangsung.

No comments: