Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Malaysia Kalah Tipis Di Tangan Bahrain


Pemain Malaysia berhempas pulas sebelum kalah tipis 6-5 di tangan Bahrain. Foto oleh Harish Fadzillah


Malaysia sekali lagi tewas dalam pusingan kumpulan pada  Kejohanan Bola Sepak Pantai AFC menentang Bahrain 6-5 sekaligus menutup ruang untuk mara ke peringkat separuh akhir.

Ketua jurulatih pasukan Malaysia, Ismail Zakaria berkata, walaupun tewas, beliau tetap bangga dengan semangat juang pemain-pemain.

“Walaupun Bahrain merupakan satu pasukan yang berpengalaman di peringkat antarabangsa, tetapi semangat juang pemain Malaysia membolehkan kita mengejar menjadikan keputusan 6-5.

“Turut membataskan kita adalah dari segi kekurangan pengalaman serta teknik yang tidak sehebat pasukan bertaraf antarabangsa itu,” katanya.

Tambahnya lagi, jika diberikan peluang untuk mempersiapkan pasukan lebih lama, mungkin Malaysia mampu memberikan persembahan lebih baik.

“Persiapan yang dibuat hanya mengambil masa tiga minggu sahaja manakala pasukan-pasukan lain membuat persiapan sehingga memakan masa berbulan-bulan.

“Kalau diperhatikan pada perlawanan hari ini, kita mempunyai peluang untuk melakukan persembahan yang lebih baik jika persiapan dilakukan  lebih awal,” katanya.

Dalam perlawanan yang berlangsung di Batu Buruk, Kuala Terengganu tersebut, Bahrain terlebih dahulu membuka jaringan melalui Abdulla Almalki pada minit ke-11.

Namun begitu, kegembiraan pasukan Bahrain hanya beberapa saat apabila serangan balas terus dilakukan oleh Mohd Riduwan Mohd Noor untuk menyamakan kedudukan.

Seminit berselang, Bahrain kembali berada di hadapan hasil daripada kapten pasukan tersebut, Rashed Jamal.

Bermula suku kedua, penjaga gawang pasukan Bahrain, Saleh Sami Saleh Mohamed terus menjarakkan jaringan pada minit ke-13.

Pada minit ke-17, Bahrain terus mara meninggalkan Malaysia melalui jaringan oleh Mohamed Abdulla.

Dua minit kemudian, Abdulla sekali lagi menundukkan penjaga gawang Malaysia, Mohd Nazri Sulaiman menjadikan kedudukan semasa 5- 1.

Ketinggalan empat gol dibelakang, Malaysia tidak menunggu lama untuk kembali bangkit melalui kapten pasukan, Mohd Zaharim Mohd Yusof beberapa saat kemudian.

Seminit sebelum berakhirnya suku kedua, Malaysia kembali bersemangat apabila Mohd Fakhrullah Mohamad berjaya menewaskan penjaga gawang Bahrain Sayed Mohamed Abbas menjadikan 5-3.

Dengan semangat juang yang tinggi pada pemain Malaysia, Mohd Khairul Nizam berjaya merapatkan kedudukan empat minit selepas bermulanya suku ketiga.

Namun demikian, sepakan percuma yang dihadiahkan kepada Bahrain pada minit ke-32 memberi peluang untuk Abdulla Abdullatif Alabdulla menjarakkan kembali kedudukan.

Seminit sebelum wisel penamat ditiup oleh pengadil perlawanan, Zaharim sempat menambah gol untuk merapatkan kedudukan menjadikan 6-5.

No comments: