Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Lubok Bayas Bakal Jadi Pusat Perkelahan Pilihan Di Terengganu




Kemudahan di Lubok Bayas, Kampung Menerong, Ajil akan ditambah baik supaya  pusat perkelahan itu mampu menjadi pilihan pengunjung sempena Visit Beautiful Terengganu(VBT)2017.

Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri, Ghazali Taib berkata, sempena  VBT 2017, pihaknya mengenalpasti Lubok Bayas sebagai satu destinasi riadah yang menarik untuk dilawati kepada pelancong dalam dan luar negara.

"Kawasan ini sangat sesuai untuk perkelahan keluarga kerana suasananya yang cukup menarik dengan pasir yang memutih,air sungai mengalir jernih dan paling utama keselamatan pengunjung lebih terjamin.

"Di sini tiada lubuk atau arus deras dan kedalaman airnya sesuai untuk semua peringkat umur jadi tiada kebimbangan keluarga untuk risiko berlaku lemas maka saya mengesyorkan kepada orang ramai untuk datang berkunjung ke sini,"kata Ghazali.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di Program Turun Padang ke Mukim Hulu Berang ,Ajil hari ini.

Turut hadir Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik.




Ghazali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil berkata, kemudahan-kemudahan turut disediakan seperti tandas,tempat persalinan dan wakaf bagi kegunaan pengunjung termasuk kedai-kedai makan yang berhampiran.

"Kita juga sedang bangunkan tempat pertumbuhan desa yang akan menyediakan peluang-peluang dari segi kemudahan untuk membeli hasil produk daripada penduduk Hulu Berang.

"Dan juga pusat ini akan beroperasi sebagai pusat pengeluaran bahan makanan seperti pisang, jagung serta ternakan lembu susu,"katanya lagi.



Lubok Bayas yang terletak lebih kurang 60 kilometer dari Kuala Terengganu  mempunyai daya tarikan tersendiri dengan permandangan flora dan fauna yang mendamaikan dengan kejernihan air yang belum tercemar dengan persisiran pasir yang putih bersih.

Seorang pengunjung yang ditemui ,Yuthnil Akmal Che Mat Duzki,47,dari Felda Bukit Bading berkata, Lubok Bayas menjadi pusat perkelahan utama keluarga setiap kali tiba cuti sekolah.

"Saya dan keluarga suka datang ke sini kerana suasananya yang nyaman,airnya jernih,landskap semulajadi yang menarik dan yang lebih penting kawasannya selamat untuk anak-anak mandi-manda.

"Biasanya kami datang ramai-ramai kat sini sambil makan nasi berlaukkan budu dan ikan panggang yang dimasak di tepi sungai sambil melihat anak-anak mandi,seronok tu memang tidak dapat nak gambarkan..datang lah sendiri dan nikmatinya,pasti kamu akan kembali semula ke Lubok Bayas,"kata Yuthnil Akmal.

No comments: