Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Ledakan Media Digital, Beri Cabaran Kepada Media Cetak

Dr Noor Aieni bersama pengamal media pada Majlis Apresiasi Media (MAM) 2017, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi. Foto Tengfku Syamim Tengku Ismail

Ledakan media digital dan sosial masa pada masa kini membawa kesan penurunan terhadap jumlah perolehan termasuk bilangan pembaca bagi industri media cetak.

Naib Canselor Universiti Malaysia Terengganu (UMT), Dato’ Dr Nor Aieni Mokhtar berkata melihat situasi itu, dia berharap dan menyarankan media arus perdana terus bertahan dalam era tanpa sempadan masa kini, pada masa sama perlu mencari kelainan dalam pasaran baharu ini.

Katanya, UMT percaya biar secanggih mana pun teknologi yang digunakan dalam dunia kewartawanan baik di media cetak, elektronik mahupun portal berita, etika serta tanggungjawab sebagai wartawan tidak pernah berubah khususnya dalam menyampaikan maklumat dalam aspek pendidikan.

“Sahabat media sentiasa bersama-sama UMT dalam menyampaikan informasi, mendidik, membentuk jati diri masyarakat dan seterusnya menjadi agen transformasi minda sehingga mampu membentuk komuniti dan generasi  berilmu.

“Sokongan padu pengamal media terhadap UMT turut mampu menjadikan universiti itu sebagai universiti pilihan masyarakat di Pantai Timur,”katanya.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Media (MAM) 2017, di Hotel Primula, Kuala Terengganu, malam tadi.



Majlis meraikan lebih 150 pengamal media yang bertugas di Terengganu itu mempertandingkan pelbagai Anugerah Gerbang Pena yang memfokuskan kepada penyelidikan dan aktiviti berkaitan universiti tersebut.


No comments: