Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Lapan Program Utama Meriahkan VBT Sepanjang Mac



Lapan program utama disajikan oleh Jabatan Pelancongan Negeri Terengganu sepanjang bulan Mac ini dalam usaha untuk mempromosikan Terengganu di samping merancakkkan  Visit Beautiful Terengganu 2017.

Pengarahnya, Tun Ahmad Faisal Tun Abdul Razak berkata, program yang merangkumi pelbagai acara seperti kebudayaan, warisan dan sukan dilaksanakan dengan kerjasama Tourism Malaysia Terengganu dan pelbagai agensi lain di seluruh Terengganu .

Antara program yang sedang dan akan dijalankan adalah Merakam Pengalaman di Terengganu (18 Februari-30 April), Matta Travel Fair (17-19 Mac), Pesta Pantai Beautiful Terengganu Red One (17-25 Mac) dan Malam Apresiasi Suktra (20 Mac).

“Selain itu, program tahunan yang sering dijalankan di Terengganu akan turut diadakan iaitu Kapas-Marang International Swimathon (18-19 Mac), Kejohanan FIM Asia Motocross (24-25 Mac), Kenyir Bird and Nature Quest (25-26 Mac) dan tidak ketinggalan Terengganu Bike Week (27 Mac-2 April),” katanya.

No comments: