Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

KPM Tubuh Jawatankuasa Kaji Program Jelajah Pendidikan


Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menubuhkan jawatankuasa khas bagi mengkaji perlaksanaan Program Jelajah Pendidikan KPM 2017 yang menjadi platform untuk mendekati masyarakat dengan mengunjungi 12 lokasi seluruh negara sehingga penghujung tahun ini.

Menteri Pendidikan Malaysia, Dato’ Seri Mahdzir Khalid berkata, penubuhan jawatankuasa itu merupakan langkah terbaik untuk menilai seluruh pandangan yang diterima daripada rakyat.

“Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk melihat seluruh pandangan daripada rakyat, buat analisa dan sebagainya.

“Daripada siri jelajah yang telah diadakan, ada pelbagai pandangan yang diterima dan antara yang menarik adalah pandangan daripada pihak Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) dari kawasan luar bandar yang meminta KPM fokus kepada memperkukuh Sains dan Matematik,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Penutup Program Jelajah Pendidikan Kementerian Pendidikan Malaysia 2017 di Pasaraya Mydin Kuala Terengganu, hari ini.

Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan, Sains, Teknologi dan Transformasi Kerajaan Negeri, A. Latiff Awang;  Ketua Setiausaha Kementerian Pendidikan Malaysia Dato’ Sri Alias Ahmad dan Pengarah Pendidikan Negeri Terengganu, Shafruddin Ali Hussin.

Program Jelajah Pendidikan KPM 2017 adalah penjenamaan semula program turun padang KPM yang sebelum ini dikenali sebagai Program Jelajah KPM yang diadakan setiap tahun.

Bagi siri jelajah kali ini, sebanyak 35 bahagian dan agensi di bawah KPM menyertai program ini berdasarkan permintaan masyarakat terhadap perkhidmatan yang ditawarkan atau yang signifikan dengan isu-isu semasa.

Selain menyampaikan maklumat terkini KPM, dan menyelesaikan soalan yang diajukan pelanggan, program jelajah ini juga mempamerkan kejayaan murid, sekolah, guru, PIBG, dan pemimpin sekolah di peringkat nasional dan antarabangsa.

Juga diadakan pelbagai pertandingan seperti kuiz, pidato, persembahan kebudayaan, nyanyian dan sebagainya sepanjang dua hari siri jelajah di negeri ini.

No comments: