Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kompleks Rawatan Harian HSNZ Ubah Laluan Satu Hala Bermula Hari Ini

Kompleks Rawatan Harian (ACC) Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) menukarkan laluan dua hala kepada satu hala bermula hari ini (16 Mac), dengan melibatkan beberapa persimpangan bagi mengelak kekeliruan dan kesesakan lalu lintas di sekitarnya.

Perubahan laluan sehala melibatkan di hadapan, tepi dan belakang bangunan ACC, HSNZ serta perubahan jalan sehala di laluan hadapan bangunan Forensik menuju ke bangunan 'Engeneering Plant'.

Pengarah HSNZ, Dr Nor Azimi Yunus berkata, perubahan itu bagi mengelak kekeliruan dan kesesakan lalu lintas serta pihaknya juga menasihatkan pengunjung yang berurusan di ACC menggunakan simpang masuk pintu D (Berhampiran Masjid Al-Muktafi Billah Shah) dan pintu C (berhadapan Jabatan Pesakit Luar).

"Penukaran dari laluan dua hala kepada satu hala ini bertujuan mengurangkan kesesakan lalu lintas dan memastikan keadaan laluan trafik di kompleks Rawatan Harian (ACC), HSNZ berjalan dengan lancar,"katanya dalam satu kenyataan kepada media, hari ini.

Katanya, ia juga selari dengan prinsip Transformasi Terengganu Baharu (TTB) bagi memastikan keselesaan kepada rakyat Terengganu bagi mendapatkan perkhidmatan terbaik di HSNZ.

Sebarang pertanyaan serta cadangan berkaitan lalulintas keluar dan masuk di ACC, HSNZ boleh menghubungi Ketua Unit Keselamatan HSNZ ditalian: 09-6212121.

No comments: