Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kerajaan Negeri Biayai Pesakit 'Alobar Holoprosencephaly' Di Ajil

Ahmad Razif bertanya khabar adik Nur Sofeatul Aiesha Zamani yang menghidap 'Alobar Holoprosencephaly' pada Program Turun Padang di Dewan Undangan Negeri Ajil, hari ini. Foto Oleh: Tg Syamim Tg Ismail

Kerajaan negeri bersedia menanggung kos rawatan pembedahan sumbing dan menyelesaikan masalah air dalam kepala adik Nur Sofeatul Aiesha Zamani,2, yang menghidap 'Alobar Holoprosencephaly' atau penyakit kepala besar.

Menteri Besar, Dato'Seri Ahmad Razif Abd Rahman berkata, kes ini akan dirujuk terus kepada pakar kanak-kanak.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di sidang media selepas Majlis Perjumpaan bersama Kakitangan Awam/Swasta Dan Pihak Berkuasa Tempatan di Dewan Sivik Ajil sempena Program Turun Padang ke Dewan Undangan Negeri Ajil, hari ini.

Turut mengiringi lawatan beliau ke pekan itu, Setiausaha Kerajaan Negeri, Dato' Wan Nawawi Wan Ismail , Pengerusi Jawatankuasa Komunikasi, Multimedia dan Tugas-Tugas Khas Negeri yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Ajil, Ghazali Taib dan Pegawai Kewangan Negeri, Dato' A. Rahman Yahya.

Hadir sama, Pegawai Daerah Hulu Terengganu, Azmi Razik dan Pengarah Unit Komunikasi Negeri, Dato' Muda Mamat.

Ibu bayi berkenaan, Nurfaiz Mohd Rani, 33, berkata,anaknya yang berusia dua tahun itu dikesan mengidap 'Alobar Holoprosencephaly'sejak berada dalam kandungannya setelah pemeriksaan ultrasound dijalankan pada usia kandungan 38 minggu.

“Kini pada usia dua tahun ,berat badannya cuma sembilan kilogram tapi kepalanya seberat empat kg sehingga menyukarkan pergerakannya.

"Saya berterima kasih kepada Dato' Seri Menteri Besar atas keprihatinan beliau untuk memberi rawatan pembedahan secara percuma ini,"katanya lagi.


Sementara itu, Ahmad Razif juga bersetuju untuk melihat apakah keperluan bagi pasangan adik beradik istimewa Erynn Elrina Mohd Hashim,17, dan Danish Darwish Mohd Hashim,13, yang menghidap ‘cerebral palsy '.

"Untuk anak-anak ini,saya minta Adun Ajil,Ghazali Taib untuk melihat keperluan yang perlu ada untuk meringankan beban yang ditanggung.

"Dan untuk sementara ni kita akan bantu dari segi rawatan fisioterapi bagi memudahkan pergerakan mereka,"katanya lagi.

Mereka membesar tidak seperti bayi lain setelah disahkan menghidap penyakit ini sejak lahir apatah lagi mereka dipercayai lemas ketika proses bersalin. Hingga kini kedua beradik ini hanya mampu terbaring sahaja.

No comments: