Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kejohanan Motosikal Lasak FIM Bakal Dijadikan Acara Dwitahunan

Rozi (dua kiri) bersama pemenang kategori Asian MX2/125 kejohanan motosikal lasak FIM Asia Motocross Championship 2017 yang berlangsung di Kompleks Sukan Gong Badak. Foto Oleh: Tengku Syamim Tengku Ismail

Kerajaan negeri berhasrat menganjurkan kejohanan motosikal lasak FIM Asia Motocross Championship dwitahunan berikutan mendapat sambutan baik di kalangan pelumba dalam dan luar negara.

Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan dan Sumber Manusia Negeri, Dato' Rozi Mamat berkata, langkah mengadakan dua tahun sekali itu perlu memandangkan penyertaan peminat motosikal lasak semakin meningkat selain aspek pengurusan juga bertambah baik.

“Ini terbukti apabila kejohanan yang dibuat sempena Visit Beautiful Terengganu (VBT) 2017 dan Bulan Sukan Terengganu kali ini juga menunjukkan sambutan baik malah lebih membanggakan prestasi dan semangat penunggang tempatan termasuk dari Terengganu dan Malaysia yang berjaya memberi saingan turut meningkat,” ujarnya.


Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menyempurnakan Majlis Penyampaian Hadiah Kejohanan FIM Asia Motocross Championship di Kompleks Sukan Negeri Gong Badak.

Katanya, sebanyak lapan kategori dipertandingkan iaitu kategori Asia MX2, MX 85 Junior, MX 85 Wanita dan MX Junior, manakala bagi kategori tempatan pula membabitkan MX Terbuka, MX125, Cubcross Terbuka dan Terbuka CKD.

Menurut Rozi, kejohanan tiga hari bermula sejak Khamis lalu berjaya menarik penyertaan 98 penunggang dari 11 negara termasuk India, Amerika Syarikat, Filipina, Malaysia, Jepun, Singapura, Thailand, Indonesia dan Nepal.


Sementara itu, pelumba dari Guam, Amerika Syarikat, Sean Lipanovich dinobatkan selaku juara kategori utama, MX2/125  selepas menewaskan 19 lagi peserta lain dalam kejohanan itu.

Naib juara menjadi milik pelumba dari negara jiran Thailand, Chaiyan Romphan selepas menewaskan pelumba negara Muhammad Habibullah Mohd Salleh di tempat ketiga.

Lipanovich membawa pulang hadiah wang tunai USD1,000 (RM4,000) bersama trofi  manakala Chaiyan Romphan menerima USD900 (RM3,600) dan Muhammad Habibullah USD800 (RM3,200).

No comments: