Semasa

[Semasa][grids]

Pelancongan

[Pelancongan][bleft]

Politik

[Politik][bleft]

Bisnes

[Bisnes][twocolumns]

Pendidikan

[Pendidikan][twocolumns]

Sukan

[Sukan][bsummary]

Komuniti

[Komuniti][bleft]

Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Terengganu 2017 18 Hingga 20 Mac



Persatuan Bina Badan dan Angkat Berat Terengganu dengan kerjasama Majlis Sukan Negeri Terengganu (MSNT) bakal menganjurkan Kejohanan Angkat Berat Kebangsaan Terengganu 2017 pada 18 hingga 20 Mac di Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Nerus.

Presiden persatuan, Mohd Shafaruddin Mustaffa berkata program sempena Visit Beautiful Terengganu 2017 tersebut adalah bagi memberi pendedahan selain mempersiapkan atlet dari segi fizikal dan mental sebelum menghadapi Sukan SEA 2017 serta Sukan Malaysia (Sukma) 2018.

Katanya, kejohanan melibatkan 150 peserta dari 14 pasukan itu akan mempertandingkan dua kategori dengan beberapa acara.

“Sebanyak dua kategori akan dipertandingkan iaitu Bawah 17 tahun dan Terbuka bagi atlet lelaki serta wanita.

“Sebanyak 64 acara kategori berat dengan kelas angkatan Snatch dan Clean and Jerk melibatkan kategori berat badan terendah 44 kilogram dan tertinggi 105 kilogram ke atas turut dipertandingkan,” katanya.

Selain itu, pelbagai acara sampingan juga turut diadakan seperti Pertunjukan Bina Badan oleh atlet bina badan tempatan, gerai promosi penaja dan gerai jualan sepanjang tiga hari tersebut.

No comments: